Salam
Aidiladha
Aku mmg tabik spring hormat pade blogger2 yang aktif
nie..aku mmg tak mampu nk jadik cam derang. Though i have so many things i
would like to write in my blog, but writting just isnt my forte ..hehehe.. Last week kite umat Islam baru jer menyambut Hari
Raya Aidiladha. This time around, aku dapat smyg sunat hari raya di
masjid..yahuuu!! Quite some time gak aku rase aku dah lame tak smyg rayer.
Bukan takmo g tapi biase la kaum prempuan nie selalu nyer terpakse berkorban
jiwer rage memasak di rumah untuk hidangan rayer. Tapi Alhamdulillah, tahun nie
kerja kemas mengemas dah dilakukan awal. So bhgn masak memasak dpt la aku
skip...biaseler dlm family aku mmg aku ler paling tak suker masak..agagaga..tp
klau sweet course aku suker la..cam buat kek ker, puding ker, biskut ker...i
loikeee... tahun nie sbb ade sedikit kegawatan dlm akaun aku so aku takde wat
korban..sedeyy..korban nie bukan bley qada’ balik. Klau terlepas tuh nk kene
tgg thn depan la. Biler ckp pasal korban nie mesti ramai ade criter pengorbanan
mereke sendrik. As for me, the biggest
sacrifice i ever met is nothing if compared to what Rasulullah and his
companions did. Walau aku tak mungkin menyamai pengorbanan Rasulullah dan para
sahabat tp aku cube gak for every second to be a better person.
Dulu, mase zaman aku sekolah rendah smpi sekolah
menengah tingkatan 2 (klau tak silap) aku mmg jenis anti-solat. Serious benci.
Biler kene pakse solat confirm aku masuk dlm bilik tgg dalam brape minit dan
kluar berpure2 dah abes solat. Aku even pernah cursed my grandma to die because
she always reminded me to perform my prayer. Tapi Alhamdulillah, ternyata Allah amat
mengasihi semua hamba-hambaNya. Bertitik tolak dr satu peristiwa aku berubah
sedikit demi sedikit. Aku macam baru terjaga dr angan2 yang panjang..nyata
dunia ini adalah fatamorgana buat yang lalai. Dulu aku hidup seperti org yang
tak akan mati. Aku tak pernah amek serius pasal kehidupan selepas mati. Mungkin
usia masih belia, jadi dlm hidup cuma pk utk enjoy jer. Tapi nyata hidup
sepatutnya mencari redha Allah, dunia adalah persediaan kita untuk bertemu
denganNya di sana. Hakikat kalau ingin bertemu VVIP, setiap laku, gaya ditekuni
agar tidak nampak cela di hadapan mereka. Inikan pula ingin berjumpa dgn
Pencipta kita. Setiap nafas, setiap degupan, setiap kerlipan, semuanya didalam
pemilikkan Allah. Allah yang Maha Mulia nyata tidak melihat pada banyaknya
harta kita, indahnya rupa kita, tingginya pangkat kita. Amalan lah yang akan
dinilai oleh Allah. Ikhlas demi mencari redhaNya atau redha manusia.
Ternyata
pengorbanan aku masih jauh, masih sedikit utk dibanding dgn mereka yang Allah
janjikan syurga. Tapi aku tak pantas menipu bahawa aku jua, walau tak sebanyak
mana amalan, walau tak sehebat mana perjuangan terselit keinginan untuk
syurgaNya. Kadang2 tertanya, mudahkah nanti aku di sana? Solat pun tak kusyuk,
berbagai perkara sentiasa mendahului penumpuan kepadaNya. Macamana ye aku nanti
di sana? Timbangan amalan ku bagaimana agaknya..berat di kiri kah berat di
kanan? Dengan pelbagai perkara duniawi yang sering membebani pikiran aku terasa
seperti aku semakin menjauhiNya. Bukan Dia yang menjauhi ku..tapi aku yang
semakin lalai untuk Dia.
Ya Allah, bawalah aku kembali dekat padaMu. Jangan ko
biarkan aku tersasar dari landasan mujahadah Mu. Aku ingin kembali padaMu,
sebagaimana putihnya aku ketika datang ke dunia begitulah jua disaat aku dijemput
kembali kepadaMu. Hatiku yang dalam PemilikkanMu, Kau tetapkan lah ia dalam
keimanan yang teguh padaMu, agar aku dapat berjumpa dengan Mu dan kekasihMu Muhammad
SAW.

No comments:
Post a Comment