Monday, 28 October 2013

Penanam anggur

Dah brape bulan aku x bekerja, jadi penganggur terhormat. Kalau tanam anggur pon sure dah besar skang nie. Naper aku tak kejer? Sbb utamanye adalah kerana jiwer aku yg kosong..kosong..kosong..bak kater najwa latif. Aku xde hati nak kejer. Trauma dgn pengalaman kejer yg lalu. Officemates and boss yg suker menabur fitnah dan menuai dosa. Hostile environment that i could not stand even a second longer. Pelik manusia..yang lebih pelik biler saudara seIslam kiter sanggup menzalimi kiter.  Hasad dengki sesame ummah, hilangnya sifat tolong menolong, ternyata kite ummah akhir zaman yang banyak bak buih tp lemah disentuh pasti pecah. Itulah ukhwah akhir zaman, tidak bersatu hanya tahu ingin berseteru. Aku malas nak ingat balik aper yg jadik, biarlar semua tuh jadik pengajaran utk aku nanti. Apa yang berlaku aku serahkan pada Allah SWT,ini antara mereka dan Dia. Yang penting aku kener bangkit balik. Kutip balik sisa2 kekuatan yang ader. Kekuatan ape yg aku ader? Aku cume ade Allah sebagai kekuatan aku. KepadaNya lah aku memohon diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup ini.

Aku hanyalah tetamu senja, safar kembara ku hanya menumpang teduh sebentar di dunia ini. Sampai waktu perjanjian ku dengan DIA, cinta dunia akan ku tinggalkan dan hanya cinta DIA lah yang akan menjadi penentu tempat tinggal ku selepas ini, neraka atau syurga. Lalu, kenapa mesti aku menangisi kezaliman manusia terhadapku, kalau benar aku kepingin cinta DIA aku mesti mendidik hati untuk berlapang dada. Bukan manusia penentu bahagia, kerna bahagia itu hak milik DIA. Kisah yang pedih, aku  tak ingin singkap kembali. Pada Allah jualah ku khabarkan duka lara, ku ceritakan gundah gelana ku. Moga Allah memberikan aku kekuatan untuk bangkit kembali. Jalan mujahadah yang berliku memerlukan kekuatan, bukan pada tubuh badan tapi pada iman. Ya Allah, ku titipkan luahan ku di sini bukan untuk meminggirkan Mu, walau tak ku luahkan Engkau Maha Mengetahui tapi ku ingin ringankan hatiku yang masih dipagut pilu.
Ya Allah, Pemilik setiap hati, Kau tenangkanlah hati ku. Pinjamkan ku kekuatan untuk aku bangkit kembali. Luputkanlah dendam ku kepada mereka. Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. Tunjuklah aku jalan yang lurus, suluhla aku dengan cahaya kasihMu agar aku tidak sesat dan berpaling dari jalan lurus menuju ker syurgaMu. Ameen.

Sunday, 20 October 2013

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha
Aku mmg tabik spring hormat pade blogger2 yang aktif nie..aku mmg tak mampu nk jadik cam derang. Though i have so many things i would like to write in my blog, but writting just isnt my forte ..hehehe..  Last week kite umat Islam baru jer menyambut Hari Raya Aidiladha. This time around, aku dapat smyg sunat hari raya di masjid..yahuuu!! Quite some time gak aku rase aku dah lame tak smyg rayer. Bukan takmo g tapi biase la kaum prempuan nie selalu nyer terpakse berkorban jiwer rage memasak di rumah untuk hidangan rayer. Tapi Alhamdulillah, tahun nie kerja kemas mengemas dah dilakukan awal. So bhgn masak memasak dpt la aku skip...biaseler dlm family aku mmg aku ler paling tak suker masak..agagaga..tp klau sweet course aku suker la..cam buat kek ker, puding ker, biskut ker...i loikeee... tahun nie sbb ade sedikit kegawatan dlm akaun aku so aku takde wat korban..sedeyy..korban nie bukan bley qada’ balik. Klau terlepas tuh nk kene tgg thn depan la. Biler ckp pasal korban nie mesti ramai ade criter pengorbanan mereke sendrik.  As for me, the biggest sacrifice i ever met is nothing if compared to what Rasulullah and his companions did. Walau aku tak mungkin menyamai pengorbanan Rasulullah dan para sahabat tp aku cube gak for every second to be a better person.

Dulu, mase zaman aku sekolah rendah smpi sekolah menengah tingkatan 2 (klau tak silap) aku mmg jenis anti-solat. Serious benci. Biler kene pakse solat confirm aku masuk dlm bilik tgg dalam brape minit dan kluar berpure2 dah abes solat. Aku even pernah cursed my grandma to die because she always reminded me to perform my prayer. Tapi Alhamdulillah, ternyata Allah amat mengasihi semua hamba-hambaNya. Bertitik tolak dr satu peristiwa aku berubah sedikit demi sedikit. Aku macam baru terjaga dr angan2 yang panjang..nyata dunia ini adalah fatamorgana buat yang lalai. Dulu aku hidup seperti org yang tak akan mati. Aku tak pernah amek serius pasal kehidupan selepas mati. Mungkin usia masih belia, jadi dlm hidup cuma pk utk enjoy jer. Tapi nyata hidup sepatutnya mencari redha Allah, dunia adalah persediaan kita untuk bertemu denganNya di sana. Hakikat kalau ingin bertemu VVIP, setiap laku, gaya ditekuni agar tidak nampak cela di hadapan mereka. Inikan pula ingin berjumpa dgn Pencipta kita. Setiap nafas, setiap degupan, setiap kerlipan, semuanya didalam pemilikkan Allah. Allah yang Maha Mulia nyata tidak melihat pada banyaknya harta kita, indahnya rupa kita, tingginya pangkat kita. Amalan lah yang akan dinilai oleh Allah. Ikhlas demi mencari redhaNya atau redha manusia.

Ternyata pengorbanan aku masih jauh, masih sedikit utk dibanding dgn mereka yang Allah janjikan syurga. Tapi aku tak pantas menipu bahawa aku jua, walau tak sebanyak mana amalan, walau tak sehebat mana perjuangan terselit keinginan untuk syurgaNya. Kadang2 tertanya, mudahkah nanti aku di sana? Solat pun tak kusyuk, berbagai perkara sentiasa mendahului penumpuan kepadaNya. Macamana ye aku nanti di sana? Timbangan amalan ku bagaimana agaknya..berat di kiri kah berat di kanan? Dengan pelbagai perkara duniawi yang sering membebani pikiran aku terasa seperti aku semakin menjauhiNya. Bukan Dia yang menjauhi ku..tapi aku yang semakin lalai untuk Dia.
Ya Allah, bawalah aku kembali dekat padaMu. Jangan ko biarkan aku tersasar dari landasan mujahadah Mu. Aku ingin kembali padaMu, sebagaimana putihnya aku ketika datang ke dunia begitulah jua disaat aku dijemput kembali kepadaMu. Hatiku yang dalam PemilikkanMu, Kau tetapkan lah ia dalam keimanan yang teguh padaMu, agar aku dapat berjumpa dengan Mu dan kekasihMu Muhammad SAW.