Monday, 2 September 2013

Jangan untuk cinta dia, hingga kau hilang cinta DIA

Baru2 nie byk sgt kisah pasal poligami. Masyarakat kita terlalu mensensasikan kisah poligami nie smpi poligami dihujani dgn prasangka2 buruk oleh mereka yang kurang ilmunya dalam munakahat. Dari mana datang nya poligami? Bukankah ia dibolehkan dan diatur oleh Allah SWT di dalam Al-Quran untuk kemaslahatan semua? Kita tidak boleh mengharamkan atau menidakkan poligami kerana ia adalah syariat yang dibenarkan dalam Islam. Kalau kita menentang poligami samalah macam kita menentang hukum Allah. Kita hamba yang hina dan lemah, tegarkah kita mempersoalkan hukum Allah? Boleh jadi kita membenci sesuatu, padahal itu baik bagi kita, dan mungkin kita suka sesuatu padahal itu tidak baik bagi kita, yang Maha Mengetahui sesuatu itu baik atau tidak hanyalah Allah SWT. Bila Allah menyuruh dan melarang sesuatu, kita sebagai hambaNya mestilah dengar dan taat, tidak sepatutnyer perasaan berbelah bagi walau sekecil zarah pun terbit di hati kita. Harituh mase tengok2 baju dkt butik prinses di empire shopping galllery, mase tgh belek2 tuh masuk sorang kakak nie dok tetengok baju gak. Dalam die nak cari2 baju tuh sempat la aku beborak dgn die sepatah dua dan dier beribu patah (aku rase ade dlm satu jam gak dier bercerite..) Kakak nie criter husband dier mmg jenis yang ramai prempuan minat. Die kater husband dier xde la ensem sgt tapi maybe jenis gentleman sbb tuh ramai pompuan cair. Dulu dier kater die mmg sentiase susah hati, sentiase takut kot2 husband dier ader affair dkt luar. But as the faith grew stronger, she realized that she could not stop what was written for her. Allah Maha bijaksana, sehebat mana perancangan kita, hebat lagi perancangan Dia. Kalau telah tertulis die berkongsi jodoh dengan perempuan yang lain, sekuat mana pun tentangan dan halangan yang die berikan “Kun fayakun” pasti akan berlaku jua dengan izin Allah. Banyak nasihat die berikan dkt aku, antaranye : 1. Kalau suami nak berkahwin lain, benarkan. Jangan sesekali minta cerai. Mungkin suami kita bukan suami yang baik di mata kasar kita, tapi baik pada pandangan Allah. Perceraian perkara halal yang paling dibenci Allah. Anda tahu apa jalan mudah untuk ke syurga yang hanya dimiliki oleh kaum hawa? Taat pada Allah dan rasul, dan taat pada suami. Jangan dihancurkan jambatan ke syurga kita, bersabarlah demi bahagia yang kekal di akhirat nanti. 2. Doa dan terus berdoa pada Allah. Bukan air mata senjata seorang perempuan tapi istiqamah dalam berdoa kepada Pencipta. Pasti berkat dari doa yang berterusan sehingga kini walau berbelas2 girlfriend yang husband die pernah ade tidak seorang pun yang berakhir menjadi madunya. Kakak tu tak pernah berdoa agar die tidak dimadukan tapi die berdoa semoga Allah selamatkan suaminya dunia dan akhirat. Allah tidak akan menguji hambaNya diluar batas kemampuan hambaNya. Letaklah harapan pada Allah, titiplah rintihan pada Allah, tepat pada masanya Allah akan tunjukkan jalan-jalan keluar untuk kita. 3. Yang nie mase muler2 akak tuh criter aku pun mmg tak bley nak terima gak. Die kater dier jadi PBB antara husband dier dgn awek husband dier..adeyy..kebal hati kakak nie. Girlfriend husband dier siap selalu calling2 dier lagi nak mintak nasihat kalau gaduh ngan husband dier. Tapi pas lelamer aku paham..kakak nie nak taknak suami die buat bender tak elok belakang dier. Sekurang2nya kalau die baik dgn gilfriend husband dier nanti sedikit sebanyak pasti perasaan hormat akan terbit dari suami dan gilfriend terhadap dia. Jadi no reason la klau husband nak kawen dkt siam ker, nak dating dkt ausie ker sbb hormatkan perasaan kakak tuh..tuh conclusion yg aku dpt buat la..bile husband dier tgk keikhlasan kakak tuh dalam membantu die dlm urusan nak kawen lagik nie dengan izin Allah Pemegang setiap hati, husband die tak jadi nak kawen lain. See.. ganjaran pada hambaNya yang sabar..(seriously i am still crawling to learn to have big heart like this kakak).. 4. Apa yang milik kita di dunia nie? Nothing..zero..tak ade..every single thing lends by Allah. So samer la jugak dengan suami nie. Suami tuh bukan hak milik kekal kiter. Die milik Allah, pada siapa Allah nak jadikan die suami pun hak Allah. Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dalam sehari sebanyak 17 kali dalam solat kita membaca surah Al-Fatiha meminta Allah menunjukkan kita ke jalan yang lurus. Lalu bila Allah tunjukkan kita jalan yang lurus mengapa kita tidak mahu ikut? Mengapa bila sampai soal poligami, kita membutakan hati? Poligami hukum Allah, tidak ada cacat celanya hukum Allah. Yang mencacatkannya adalah manusia. Manusia yang hatinya buta, tidak adil dalam perlaksanaan. Kadang bukan kerna ceteknya ilmu fiqh, tapi bila nafsu menjadi raja dan syaitan menjadi bendara ustaz yang petah bercerita hukum Allah pun menjadi culas dalam menggalas tanggungjawab. Sebab tuh kalau kita singkap kembali di zaman rasullulah, sahabat2 dan imam2 besar Islam mereka yang berpoligami nie bukan calang2 orang. Mereka orang2 yang rindukan akhirat, mereka dambakan pertemuan dengan Tuhan mereka. Imam Ghazali berkata; benda yang paling berat di dunia ini amanah. Seperti firman Allah “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia..” (Al-Ahzab:72). Langit, bumi dan gunung-ganang semuanya tidak mampu ketika disuruh Allah untuk memegang amanah oleh Allah, tetapi manusia menyanggupi permintaan Allah tersebut. Lalu mereka yang gagal dalam memegang amanah akan dihumban Allah ke neraka. Bukankah isteri itu salah satu amanah Allah pada suami? Wahai para suami satu nasihat dari saya, dugalah tahap keimanan kamu dahulu sebelum yakin adil untuk berpoligami. Dan kpd para isteri, sabar, doa dan InsyaAllah moga Allah letakkan redha di hati kalian. 5. Bahagia. Tuh yang kakak tuh nak. Macamane die nak rase bahagie kalau 24hrs die dok risau suami die ader affair ker tak. Kite manusia daya dan kemampuan yang Allah pinjamkan terhad. Takkan nak gunekan semua tenage yang ader nak jadik stalker pulak kan. Ikut jer mane suami nak pergi..which is doesnt make sense and not worthwhile at all. Hati resah, setiap mase gelisah mana mungkin kite rase bahagia. Safar hidup kite yang singkat, gunekan masa yang ade untuk beribadat agar cinta Dia dan kita terikat, bile dekat denganNya baru hidup berkat. Bahagia bukan terletak pada manusia, tapi Allah pemegang hati setiap manusia. Hati yang dekat padaNya, lalu bahagia Allah letakkan dihatinya. Tapi kalau hati yang sarat dengan dunia, Allah berikan jua bahagia, tapi bahagia yang sementara.Yang bersandarkan pada kebendaan, pada fizikal pada rupa. Bahagia fatamorgana! Bercakap memang mudah, tapi untuk menanggungnya amat sukar. Tapi percayalah, ubat segala keperitan adalah sabar. Jangan kerena dek cinta manusia kita alpa tujuan kita sebagai khalifah di bumi Allah. Ketika Israfil meniup sangka kala, ibu melupakan anak, suami melupakan isteri, cinta sesama manusia mati yang tinggal hanya ketakutan untuk perhitungan setiap perbuatan. Tapi nyata cinta Allah tidak pernah mati, tidak pernah melupakan malah cinta Dialah yang menyelamatkan dari percikan azab api neraka. Wahai saudari sekalian, bangkitlah kembali demi Dia, arahkan kembali hatimu kepada Dia, burulah cinta Dia! Pada akak yg aku x smpt tanya nama, tq so much dgn nasihat2 yg sgt berguna nie. Dulu aku selalu ckp “no way” stiap kali isu pasal poligami nie dibincangkan. Tapi kini aku sedar betapa angkuhnya aku. Tidak selayaknya aku sebagai hamba mempunyai sifat angkuh seolah2 aku hebat, seolah2 aku boleh melawan kekuasaan Allah. Astagfirullah alazim..semoga Allah mengampuni keterlanjuran kata-kataku dan semoga kita semua berjaya meraih cintaNya..InsyaAllah.