Dah brape bulan aku x bekerja, jadi penganggur terhormat. Kalau
tanam anggur pon sure dah besar skang nie. Naper aku tak kejer? Sbb utamanye
adalah kerana jiwer aku yg kosong..kosong..kosong..bak kater najwa latif. Aku
xde hati nak kejer. Trauma dgn pengalaman kejer yg lalu. Officemates and boss yg suker menabur fitnah dan menuai dosa. Hostile environment that i could not stand even a second longer.
Pelik manusia..yang lebih pelik biler saudara seIslam kiter sanggup menzalimi
kiter. Hasad dengki sesame ummah, hilangnya sifat tolong menolong, ternyata kite ummah akhir zaman yang banyak bak buih tp lemah disentuh pasti pecah. Itulah ukhwah akhir zaman, tidak bersatu hanya tahu ingin berseteru. Aku malas nak ingat balik aper yg
jadik, biarlar semua tuh jadik pengajaran utk aku nanti. Apa yang berlaku aku serahkan pada Allah SWT,ini antara mereka dan Dia. Yang penting aku kener
bangkit balik. Kutip balik sisa2 kekuatan yang ader. Kekuatan ape yg aku ader?
Aku cume ade Allah sebagai kekuatan aku. KepadaNya lah aku memohon diberikan
kekuatan untuk meneruskan hidup ini.
Aku hanyalah tetamu senja, safar kembara ku hanya menumpang
teduh sebentar di dunia ini. Sampai waktu perjanjian ku dengan DIA, cinta dunia
akan ku tinggalkan dan hanya cinta DIA lah yang akan menjadi penentu tempat
tinggal ku selepas ini, neraka atau syurga. Lalu, kenapa mesti aku menangisi
kezaliman manusia terhadapku, kalau benar aku kepingin cinta DIA aku mesti
mendidik hati untuk berlapang dada. Bukan manusia penentu bahagia, kerna bahagia
itu hak milik DIA. Kisah yang pedih, aku
tak ingin singkap kembali. Pada Allah jualah ku khabarkan duka lara, ku
ceritakan gundah gelana ku. Moga Allah memberikan aku kekuatan untuk bangkit
kembali. Jalan mujahadah yang berliku memerlukan kekuatan, bukan pada tubuh
badan tapi pada iman. Ya Allah, ku titipkan luahan ku di sini bukan untuk
meminggirkan Mu, walau tak ku luahkan Engkau Maha Mengetahui tapi ku ingin
ringankan hatiku yang masih dipagut pilu.
Ya Allah, Pemilik setiap hati, Kau tenangkanlah hati
ku. Pinjamkan ku kekuatan untuk aku bangkit kembali. Luputkanlah dendam ku
kepada mereka. Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.
Tunjuklah aku jalan yang lurus, suluhla aku dengan cahaya kasihMu agar aku
tidak sesat dan berpaling dari jalan lurus menuju ker syurgaMu. Ameen.
No comments:
Post a Comment